Ahad, 21 Disember 2014



PERBEZAAN DI ANTARA  RUKUN IMAN AHLI SUNNAH DENGAN AHLI SYIAH




Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia telah mewartakan bahawa umat Islam di Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia hanya dibenarkan mengikut ajaran Islam berasakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariat dan akhlak. Larangan jelas terhadap penyebaran dan amalan fahaman-fahaman lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada dari segi akidah, syariat dan akhlak adalah dilarang sama sekali.

Biarpun tidak dikuatkuasakan secara hukuman, seharusnya umat Islam di negara ini perlu mencari sebab mengapa kerajaan tidak membenarkan fahaman selain Sunnah Wal Jamaah diamalkan di negara ini. Seharusnya dikaji apa bahaya dan kesan buruk yang akan ditimbulkan oleh fahaman-fahaman selain Sunnah Wal Jamaah.

Di dalam kitab-kitab ‘muktabar Syiah’ seperti Usul kafi, I’tiqadi, ijtima’i, Akhalaki Wa-ilmi karangan Al-Kulaini, perbezaan antara ajaran Syiah dengan Sunnah begitu jelas. Perkara paling asas yang menjadi perbezaan ialah membabitkan Rukun Iman dan Rukun Islam.

Rukun Iman menurut Sunnah iaitu berdasarkan hadis sahih ada enam perkara iaitu:

(a)    Beriman kepada keesaan Allah Taala

(b)   Beriman kepada para Malaikat

(c)    Beriman kepada Kitab-Kitab Allah

(d)   Beriman kepada para Nabi dan Rasul

(e)   Beriman kepada Hari Kiamat

(f)     Beriman kepada Qada dan Qadar

Bagaimanapun, menurut Syiah, Rukun Iman mereka hanya ada lima perkara iaitu:

(a)    Beriman kepada keesaan Allah

(b)   Beriman kepada Keadilan

(c)    Beriman kepada Kenabian

(d)   Beriman kepada Imamah iaitu kepimpinan 12 Imam

(e)   Beriman kepada Hari Ma’ad atau Kiamat.



Diambil daripada: http://peraktoday.com.my/2013/08/beza-rukun-islam-dan-rukun-iman-antara-sunnah-wal-jamaah-dengan-syiah/

Isnin, 8 Disember 2014



VIDEO ANIMASI BAGI MEMPELAJARI RUKUN IMAN




Sumber daripada : https://www.youtube.com/results?search_query=rukun+iman
LAGU RUKUN IMAN VERSI ANIMASI


Sumber daripada: www.youtube.com/results?search_query=lagu+rukun+iman


Sumber daripada: https://www.google.com.my/#q=RUKUN+IMan


Sumber daripada: https://www.google.com.my/#q=RUKUN+IMan
Sumber daripada: https://www.google.com.my/#q=RUKUN+IMan

Sumber daripada: https://www.google.com.my/#q=RUKUN+IMan

Sumber daripada: https://www.google.com.my/search?q=rukun+iman

sumber daripada: https://www.google.com.my/search?q=rukun+iman&biw

RUKUN IMAN KEENAM


Percaya (iman) kepada Qada dan Qadar. Qada dan Qadar dalam pembicaraan sehari-hari disebut juga takdir.

Qada maksudnya ketentuan atau ketetapan Allah SWT yang belum terjadi. Bahkan Qada ini telah ditentukan sejak zaman azali (zaman sebelum diciptakannya alam semesta ini) dan ketentuan Allah ini tertulis di Loh Mahfuz.

Qadar adalah ketentuan Allah yang sudah terjadi. Takdir merupakan Rahmat Allah dan tidak seorangpun yang dapat mengetahuinya. Takdir baru boleh diketahui setelah terjadi.

Dengan mempelajari iman kepada takdir Allah diharapkan kita memperoleh banyak manfaat. Diantaranya adalah memperkuat iman di dalam dada dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Sabar, syukur dan tawakal serta menumbuhkan akan gairah (bersemangat) untuk berikhtiar. Sementara apa yang dimaksud dengan pengertian iman itu ?


sumber daripada : http://pseudosupra.blogspot.com/2012/05/rukun-iman-ke-6-percaya-pada-qada-dan.html#ixzz3LLZ0tZ6y


RUKUN IMAN KELIMA



Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan.


Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka.

Dipetik dari :http://mohd-razip.blogspot.com/p/rukun-iman.html


RUKUN IMAN KEEMPAT


Para rasul diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai penunjuk jalan keselamatan. Mereka membimbing manusia daripada penyembahan yang salah, misalnya menyembah berhala atau sesama makhluk kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan seterusnya menjadi model kehidupan bagi seluruh umatnya. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan para rasul ini daripada kalangan manusia agar mereka mampu ditauladani serba-serbi dalam sebarang aspek kehidupan. Terdapat 25 orang nabi lagi rasul yang wajib diimani oleh seorang muslim, iaitu:

Nabi Adam a.s.
Nabi Idris a.s.
Nabi Nuh a.s.
Nabi Hud a.s.
Nabi Salih a.s.
Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
Nabi Ya’akub a.s.
Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya’akub a.s.)
Nabi Ayub a.s.
Nabi Syu’aib a.s.
Nabi Musa a.s.
Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
Nabi Zulkifli a.s.
Nabi Daud a.s.
Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
Nabi Ilyas a.s.
Nabi Ilyasa’ a.s.
Nabi Yunus a.s.
Nabi Zakaria a.s.
Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
Nabi Isa a.s.
Nabi Muhammad s.a.w.

Diambil dari: http://www.hamizul.com/?page_id=964


RUKUN IMAN KETIGA



Ingatlah kepada ajaran guru kita mengenai kitab kitab yang telah diturunkan Allah kepada manusia melalui Rasul RasulNya yang wajib kita yakini selain dari Kitab Al-Quran. 

Perbincangan kita disini hanya tertumpu kepada Kitab AlQuran. Al-Quran Yang Zahir adalah PEDOMAN kepada kita semua. Pedoman ini pula mengikut fahaman masing masing. 

Lihat contoh dibawah :- 

Cerita didalam Al-Quran :- 
Pada Ilmu Syariat ialah untuk memahami sejarah khususnya sejarah Nabi Nabi & Rasul Rasul. Pada Ilmu Tarikat pula cerita cerita itu menganjurkan agar kita mengikuti sejarah rasul rasul. Pada Ilmu Hakikat kita hendaklah mengambil iqtibar rasul rasul untuk panduan hidup Pada Ilmu Makrifat tumpuan ialah mengenal apa yang dikatakan Rasul itu. Hukum Hukum Di-Dalam Al-Quran. Pada Ilmu Syariat ianya bermaksud melaksanakan hukum hukum itu. Pada Ilmu Tariqat ianya bermaksud menguatkan hukum Manakala pada Ilmu Hakikat pula tumpuan ialah Mengenal Yang Menghukum Pada Ilmu Makrifat ianya bermaksud Dunia Sahir dan Akhirat.

Dipetik dari http://fakirabdillah.blogspot.com/2010/05/rukun-iman-yang-ketiga-percaya-kepada.html

Isnin, 1 Disember 2014



RUKUN IMAN KEDUA


BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

Nama Malaikat

Tugasnya

Jibril

Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga 

 petikan ini diambil dari (http://fakirabdillah.blogspot.com/2010/05/rukun-iman-yang-kedua-percaya-kpd.html)

RUKUN IMAN YANG PERTAMA :


 
BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."


NAMA DAN SIFAT ALLAH

Nikmat yang paling utama setelah nikmat iman ialah nikmat mengenal Allah atau (مَعْرِفَةُ الله). Dan kerana Allah itu adalah Zat yang Maha Pencipta dan memiliki segala sifat yang sempurna serta hanya Dia lah Zat yang wajib disembah, maka setiap manusia wajib banyak mengingatiNya, dan di atas sebab itu jugalah mengapa setiap manusia sangat berhajat mengetahui nama-namaNya dan sifat-sifatNya.

Kerana pembahasan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah termasuk ke dalam pembahasan aqidah, maka keyakinan kita terhadapnya mestilah keyakinan yang putus tanpa sedikitpun keraguan atau syak. Justeru kerana Allah adalah Zat yang Maha Ghaib, maka nama-nama dan sifat-sifatNya mestilah diyakini berdasarkan penjelasan Allah sendiri sebagaimana yang termnaktub di dalam Al-Quran, ataupun berdasarkan penjelasan RasulNya sebagaimana yang termaktub di dalam sunnahnya.

Kita mesti membatasi peranan akal dalam hal ini kerana akal manusia tidak mampu memikirkan tentang Zat yang Maha Agong tersebut. Oleh itu menurut keyakinan golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, kita mestilah menerima dengan yakin segala penjelasan al-Quran dan al-Sunnah tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah tanpa tahrif, tanpa ta’til, tanpa takyif, tanpa tashbih.(Surah al-Ikhlas 1 - 4)


sumber ini dipetik daripada: https://www.google.com.my/search?hl=en&q=cara+belajar+rukun+iman+untuk+anak