Ahad, 21 Disember 2014



PERBEZAAN DI ANTARA  RUKUN IMAN AHLI SUNNAH DENGAN AHLI SYIAH




Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia telah mewartakan bahawa umat Islam di Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia hanya dibenarkan mengikut ajaran Islam berasakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariat dan akhlak. Larangan jelas terhadap penyebaran dan amalan fahaman-fahaman lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada dari segi akidah, syariat dan akhlak adalah dilarang sama sekali.

Biarpun tidak dikuatkuasakan secara hukuman, seharusnya umat Islam di negara ini perlu mencari sebab mengapa kerajaan tidak membenarkan fahaman selain Sunnah Wal Jamaah diamalkan di negara ini. Seharusnya dikaji apa bahaya dan kesan buruk yang akan ditimbulkan oleh fahaman-fahaman selain Sunnah Wal Jamaah.

Di dalam kitab-kitab ‘muktabar Syiah’ seperti Usul kafi, I’tiqadi, ijtima’i, Akhalaki Wa-ilmi karangan Al-Kulaini, perbezaan antara ajaran Syiah dengan Sunnah begitu jelas. Perkara paling asas yang menjadi perbezaan ialah membabitkan Rukun Iman dan Rukun Islam.

Rukun Iman menurut Sunnah iaitu berdasarkan hadis sahih ada enam perkara iaitu:

(a)    Beriman kepada keesaan Allah Taala

(b)   Beriman kepada para Malaikat

(c)    Beriman kepada Kitab-Kitab Allah

(d)   Beriman kepada para Nabi dan Rasul

(e)   Beriman kepada Hari Kiamat

(f)     Beriman kepada Qada dan Qadar

Bagaimanapun, menurut Syiah, Rukun Iman mereka hanya ada lima perkara iaitu:

(a)    Beriman kepada keesaan Allah

(b)   Beriman kepada Keadilan

(c)    Beriman kepada Kenabian

(d)   Beriman kepada Imamah iaitu kepimpinan 12 Imam

(e)   Beriman kepada Hari Ma’ad atau Kiamat.



Diambil daripada: http://peraktoday.com.my/2013/08/beza-rukun-islam-dan-rukun-iman-antara-sunnah-wal-jamaah-dengan-syiah/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan